Mansuhkan I.S.A...!!!

Mansuhkan I.S.A...!!!

Tuesday, January 26, 2010

PKR Oh PKR...

Hari ini, Timbalan Pengerusi PKR Pahang, Azan Ismail mengumumkan perletakan jawatan itu dan Pengerusi Biro Keahlian parti itu. Beliau kekal sebagai ahli biasa dan Ahli Parlimen (sumber:Utusan Malaysia).

Semalam, Ahli Parlimen Kulim - Bandar Baharu (PKR), Zulkifli Nordin membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Shah Alam (PAS), Khalid Samad. Ekoran tindakan tersebut, "orang kuat PKR", Zaid Ibrahim mencadangkan Zulkifli disingkirkan dari parti itu (sumber: Malaysiakini).

Setahun lalu, apabila berita sebegini disiarkan, reaksi serta-merta PKR ialah ia adalah perbuatan parti lawan. Mereka segera menuding jari kepada Barisan Nasional!

Itu jugalah yang berlaku baru-baru ini apabila timbul masalah dalam PKR Kuala Selangor. Tan Sri Khalid Ibrahim menyindir bahawa ada kemungkinan teks yang dibaca oleh timbalan ketua bahagian Kuala Selangor itu dibuat oleh UMNO.

"UMNO-bashing" menjadi skrip lazim apabila PKR berhadapan dengan krisis.

Satu lagi reaksi yang selalu diberikan PKR cukup terbuka untuk menerima kepelbagaian pendapat. Sekali lagi, pemimpin PKR akan berkata bahawa parti itu "bukan seperti pemimpin UMNO yang ikut ketua."

Agaknya, pemimpin PKR tidak senang duduk kalau tidak menyalahkan UMNO!

Pasca PRU12, kita dapat melihat pelbagai drama dalam PKR -- Timbalan Ketua Menteri letak jawatan, wakil rakyat lompat parti, dan wakil rakyat letak jawatan sekaligus memaksa pilihanraya kecil. Satu demi satu peristiwa sehingga masyarakat sudah tidak mampu berfikir apakah lagi yang akan berlaku selepas ini.

Cukuplah pemimpin PKR menjadi burung unta yang memasukkan kepala ke dalam pasir dan menganggap ia tidak ada masalah [saya pernah menggunakan analogi yang sama kepada pemimpin UMNO yang bebal dan enggan melihat serta menyelesaikan masalah.]

Sindrom penafian (denial syndrome) yang ada dalam PKR menjadi pemimpin parti itu berpusing-pusing di tempat yang sama walaupun telah hampir dua tahun berada di puncak kuasa. Rakyat mula muak dengan politik kepartian yang tidak memberikan apa-apa keuntungan kepada mereka.

Eloklah pemimpin-pemimpin PKR melihat semua kesilapan dan membetulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Menyalahkan Azan Ismail, Zulkifli Nordin atau UMNO tidak akan membawa apa-apa kebaikan kepada parti itu.

"UMNO-bashing" hanya untuk menyedapkan hati sendiri. Setakat itu sajalah.

Itu nasihat saya. Kalau tak mahu dengar, humban nasihat saya jauh-jauh.

Tentunya, menyalahkan bloggers yang menulis isu ini juga tidak menguntungkan PKR. Oleh itu, tak perlulah hantar "cybertrooper" untuk menyerang!

--
http://usopsontoroyo.blogspot.com/

Terima Kasih & Thank You.

No comments: