Mansuhkan I.S.A...!!!

Mansuhkan I.S.A...!!!

Saturday, June 6, 2009

Ahli majlis PKR bantah pelantikan presiden MPSP-Malaysiakni


Ahli majlis PKR bantah pelantikan
presiden MPSP
Low Chia Ming | Jun 4, 09 11:15am
Lapan ahli Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP)
dari PKR, memboikot majlis angkat sumpah presiden
MPSP yang barunya, Mokhtar Mohd Jait pagi ini.

Mereka bertindak demikain sebagai membantah
pelantikan kakitangan awam memegang jawatan tersebut.

Wartawan Malaysiakini yang membuat liputan majlis
tersebut melihat hanya tiga ahli majlis PKR yang masuk
ke dewan. Mereka ialah Amir Ghazali, Mahamad Hashim
dan
Farid Arshad.

Bagaimanapun, Amir dan Mahamad memberitahu
kemudiannya bahawa beliau tidak menghadiri majlis tersebut.

Selain mereka berdua, turut tidak hadir ialah ketua wip
PKR di MPSP, Johari Kassim, Che Mat Hashim, Rynu
Shanmugam, Goh Choon Aik, Mohd Kamil Abu Bakar
dan Zaini Awang.

MPSJ mempunyai 24 ahli majlis yang terdiri PKR (9), DAP
(10), PAS (2) dan NGO (3).

Mereka mendakwa, sebelum ini, Pakatan Rakyat Pulau
Pinang telah mencapai kata sepakat untuk melantik
seorang ahli politik sebagai presiden MPSP sehingga
pilihanraya tempatan menjadi kenyataan.

Bantahan tersebut dilihat sebagai cabaran pertama
terhadap Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mansor
Othman, yang mengangkat jawatan tersebut kelmarin.

Mansor yang juga timbalan pengerusi PKR Pulau
Pinang mengumumkan pelantikan Mokhtar semalam.

Beliau juga turut mengumumkan pelantikan presiden
baru Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Tan Cheng Chui.

Sementara itu, Johari memberi amaran bahawa beliau
dan lapan orang ahli majlis tersebut dari PKR, mungkin
akan letak jawatan serentak sebagai membantah
pelantikan Mokhtar.

Difahamkan, di kalangan PKR negeri, Johari dillihat
sebagai 'orang kuat' pengerusi PKR Pulau Pinang,
Zahrin Hashim.

Sementara itu, Mansor telah meminta badan perhubungan
PKR Pulau Pinang menyiasat ketidak hadiran ahli majlis PKR
di majlis angkat sumpah presiden MPSJ pagi ini.

P/S--> Sedih tengok kangkung-kangkung nie...bagi amanah
uruh buat keja tp kebuluq dah jadi Presiden MPSP. Macam la
depa nie buat keja sangat. MAKAN GAJI BUTA SAJA. Yang
buat keja betul depa buang. Apa nak jadi ngan PKR Pulau
Pinang.

No comments: