Mansuhkan I.S.A...!!!

Mansuhkan I.S.A...!!!

Sunday, July 19, 2009

Hikayat Raja Bohong yang pening !

Hikayat Raja Bohong yang pening!


gambar dari "anak semua bangsa"



Al kisah maka tersebutlah dengan sedihnya sang empunya hikayat akan sebuah ceritera syahdu lagi lawas (lawak keras) yang berlaku pada zaman dahulu colour perihal sebuah kerajaan yang memerintah di atas langit. Raja kerajaan namanya Datuk Nazak dan kerajaannya bernama BN (Bini Nazak) berasa agak masygul lagi gundah gulana akan masalah yang bertimpa-timpa kepada pemerintahan Datuk Nazak dan konco-konco boroi mereka. Datuk Nazak yang dahulunya bekerja sebagai orang suruhan Perempuan Puaka telah berjaya menjadi kepala kerajaan langit sejak 100 hari yang lalu. Kerajaan ini yang sudah porak peranda semakin porahh keranda kerana hari ini rakyat mereka sudah tidak percaya lagi akan setiap buah butir bicara Datuk Nazak dan konco-konconya. Inilah yang memeningkan Datuk Nazak. Setiap kali beliau membuka zip...er..mulut, rakyatnya pasti akan bertempik, "Bohonggg!!". Begitu jualah akan halnya dengan konco-konconya. Setiap kali mereka bersuara maka rakyat akan mengajuk-ajuk sambil menjerit "Bohong!', "Tipu" dan sebagainya.
Beberapa hari lalu telah berlaku akan peristiwa pelik apabila seorang rakyat bermata sepet telah ditemui mati di bangunan istiadat yang menjaga perihal akan kes-kes tumbuk rusuk, makan suap dan sumbat-menyumbat. Akan anak muda bermata sepet ini dikatakan telah dipanggil untuk disoal siasat hari sebelumnya dan telah matilah akan dia pada hari berikutnya. Konco Datuk Nazak pun mengeluarkan kenyataan bahawa budak ini telah membunuh akan dirinya sendiri seperti mantan timbalan kepala negara dahulu yang dikatakan menumbuk matanya sendiri sehingga lebam sewaktu di lokap.

Maka seluruh rakyat telah memperlekeh dan mentertawakan lawak jenaka jegela-jegela Datuk Nazak yang bodoh lagi membangangkan. Maka bergegaslah isteri Datuk Nazak, Datin Rosima Masdor menemui dukun di raja untuk membomohkan rakyat dan orang banyak supaya percayakan lebong dan hikayat ini. Mak cik datin "eselah orang tongahnyo" telah mengesahkan perkara ini.
Datuk Nazak harus berbuat sesuatu untuk mengembalikan semula kepercayaan rakyat kepada pemerintahannya. Dia mahu rakyat kembali berkata "Betul!" atau "Benar!' setiap kali dia bersuara hatta jika dia terkentut atau terbersin pun rakyat akan menjerit "Betulll!!".. Difikirlah beliau akan beberapa ilham dan setelah dihadamkan ilhamnya itu betul-betul maka mengarahlah akan ia agar semua rakyat dihimpunkan di depan istana Putarjayanya untuk mendengar labunnya.
Maka pada hari yang telah ditentukan, berdedai-dedailah orang banyak datang berhimpun.

Yang buta datang beremote kontrol
Yang kudung berwheel chair
Yang rendah terlangak-langak
yang panjang tertunduk-tunduk

Maka berkatalah Datuk Nazak,"Wahai rakyat beta sekalian! Sempena 100 hari pemerintahanku, aku ingin mengumumkan berita gembira kepada kamu!"

"Bohongggg!!!" kata rakyat.

"Aku akan beri diskaun tambang balik kamu nanti dengan syarat mesti bersaie dan bertawaf istanaku 80 kali dan pusingan"

"Tipuuuuu!!!" jerit rakyat.

Datuk Nazak pening." Aku akan murahkan harga barang, naikkan gaji, bagi rumah percuma dan murah!"

"temberanggg!!" pekik rakyat.

Peluh renek membasahi Datuk Nazak. Datin Rosima memperasapkan kemenyan dan gudang garam. Mulut botoxnya terkumat-kamit membaca serapah. Bergerak-geraklah kopeknya mengikut alunan serapah. Asap-asap kemenyan mula memenuhi ruang udara dan merayap ke arah orang banyak.

"Budak mata sepet tu mati bunuh diri, percayalahhh!!" rayu Datuk Nazak.

"Tipuuu lagiii!!!" laung rakyat lagi.

Air mata Datuk Nazak mula bertakung di kelopak mata. Tipislah harapannya untuk mengembalikan kepercayaan rakyat. Gelaplah masa depannya dan bagaimanalah dia hendak mencari duit untuk isterinya membeli belah nanti. Akhirnya dia beroleh kekuatan dan setelah berdoa bertawassul terhadap mendiang ratu dewi Mongolia maka mendapat ilhamlah akan dia. Dikumpulkan nafas yang ketat di rongga dada dan melaunglah dia,

" Sesungguhnya aku memang pembohong, penipu dan perompak! Aku dan konco-koncoku memang kaki temberang dan tiada satu apa pun yang kulabunkan ini benar kerana hidup dan mati aku dan konco-koncoku memang menipu saja kerjanya!!!"

rakyat terbanyak pun menjerit, "BENARRRRRRRR!!!!'
tersengihlah Datuk Nazak. Telah kembali percayalah rakyat akan kata-katanya. Di balik pintu Datin Rosima ketawa berdekah-dekah. Puas kerana serapah santaunya kepada rakyat menjadikkk!!

demikianlah ceritera rakyat yang dibawa dari mulut ke mulut dan dari blog ke blog adanya.

sahibul hikayat;
Tun Sri KulupSakah lanang AlHaj

2 comments:

Amuraria said...

ASAL DARI UMNO-BN OK SELAMAT PUNYA MESTI CLEAR TADAK KES TAPI JAGA KALU DARI PAKATAN SIAP LA SAMPAI LUBANG CACING WAJIB CARI,ITULAH ALAT YANG DIPERLEMBUKAN OLEH UMNO-BN IAITU SPRM !

Wak Super... said...

Salam,

Dunia akhir zaman,inilah yang dikatakan "Dajal"....

.....apabila ia mengatakan pasti saja bohong!...dan pembohongan nya pula menyusahkan ramai!
siapa yang inginkan habuan 'dunia' ikutilah ia......aaaaaaaaarrrrrr!