Mansuhkan I.S.A...!!!

Mansuhkan I.S.A...!!!

Tuesday, July 21, 2009

Mari belajar jadi pandai-Jangan terus jadi bodoh


KEMATIAN SEORANG ANARKO YANG TIDAK DISENGAJA



KEMATIAN SEORANG ANARKO YANG TIDAK DISENGAJA



KEMATIAN ANARKO YANG TIDAK SENGAJA


MENGENAL MAMAT YANG BERNAMA DARIO FO

Mamat ini berbangsa Itali bukan Bengali. Lahir tahun 1926. Mamat ini penulis satira, drama, bangsawan, pengarah teater, pelakon dan juga pembuat musik.

Mamat ini pastilah seorang komunis kerana bijak dan bergeliga.

Mamat ini telah menubuhkan kumpulan teater Collettivo Teatrale La Commune. Dari tahun 1971 -1985 hasil pendapatan mereka sering diwakafkan kepada gerakan buru dan membantu buruh-buruh yang mogok.

Pada tahun 1997 – dia adalah manusia pertama dalam dunia ini mendapat Hadiah Nobel Kesusasteraan kerana teater.

Teater Mamat ini adalah teater orang biasa dan kaum buruh.

Pada tahun 2007 – Mamat ini telah berkongsi no 7 bersama Stephen Hawkins untuk dinobatkan oleh The Telegraph – akhbar kanan - sebagai 100 susuk yang paling bijak dalam dunia hari ini.

Teater : The Accidental Death of An Anarchist – Kematian Tidak Sengaja Seorang Anarko - telah dibut pada thun 1970. Teater lawak terbarai ini menggambarkan bagaiman seorang anarko telah mati ditolak jatuh dari bilik bangunan polis di Rom.

Teater ini cukup lawak kah kah kah. Teater Mamat ini pernah dipentas di Dewan Sanbantahn depan Dewan Perhimpuan China pada tahun 1999.

Mamat ini sudah cukup tua tetapi masih penyokong kuat perjuangan rakyat Palestin.

Mamat ini bukan budayawan kaki bodek dan dia menulis dalam bahasa ibundanya Itali. Mamat ini tidak belajar kira-kira dan saians dalam bahasa Inggeris.

NOTA: Untuk jadi pandai dan bijak - tidak bodoh dan kena tipu -
sila cari kerja seni Mamat ini. Cari bukunya di perpustakaan -
kalau tidak cari kedai buku - bukan kedai mamak. Kalau tidak
ada duit nak beli - pinjam. Kalau tidak dapat pinjam curi.
Kalau tidak baca dalam internet. Jangan jadi bangang
macam ... macam sapa hah...kah kah kah...macam orang
yang tak membaca buku Dario Fo.
Diambil dari sini

No comments: