Mansuhkan I.S.A...!!!

Mansuhkan I.S.A...!!!

Monday, August 24, 2009

Selamat Jalan Wai Bee Radzhi... ~ malaysiakini


HOWWAT HANG KLIM ELAUN BANYAK SANGAT.... SPRM MARAH oooo...




SELAMAT MEMELOK BINI BARU

Nota:
Mengucapkan selamat jalan. Lain kali jangan banyak berbini-bini.
Lain kali hang jangan buat klim banyak sangat sampai 35,000 ringgit
untuk satu bulan. Rumah hang bukan jauh dari pejabat.
Pasal apa klim bagitu banyak. Padan muka kena perangkap sprm.

Bini hang yang lain lain tu macam mana? Sapa nak jaga?

Hang pergilah sondol tunggul kayu tu. Untung untung hang
dapat bini baru... kah kah kah.


--
sila layari blog saya di http://usopsontoroyo.blogspot.com/ ATAU http://detektifkangkung.blogspot.com/

Terima Kasih & Thank You.

Wednesday, August 12, 2009

Pengumuman Penting...!!!

KELONGSONG YANG TINGGAL






LORD MURUJIB HILANG


Adalah diberitahu bahawa Lord Murujib telah
menghilangkan diri dengan serta merta.

Apa yang tinggal hanyalah kelongsong Lord Murujib.

Sesiapa yang ada menemui Lord Murujib sila hubungi
Reeezaaal Naina anak lelaki Meriakan seberapa segera.

- dari TukarTiub

p/s - keh keh keh...mintak perhatian, kepada sesape yg sudi carikan barang atau orang yang ilang nii... Tolong! Tolong!


--
sila layari blog saya di http://usopsontoroyo.blogspot.com/ ATAU http://detektifkangkung.blogspot.com/

Terima Kasih & Thank You.

Tuesday, August 11, 2009

Lord MuruJib Bantah Replika AnWar... ~ malaysiakini

LORD MURUJIB


BANTAH LANJUTKAN TEMPOH REPLIKA ANWAR
- malaysiakini

Umno Gombak akan mengadakan "bantahan terbuka" jika Majlis Perbandaran Selayang (MPS) meluluskan permohonan melanjutkan tempoh menegakkan imej besar Datuk Seri Anwar Ibrahim.

KAH KAH KAH… KAH KAH KAH… KAH KAH KAH…

Kah kah kah ….. TERGOLEK BANTAL KETAWA…. kah kah kah kah…

Kah kah kah …. TUNGGANG TELANGGANG…. kah kah kah

DAN YANG INI:

KAH KAH KAH


TAHUN 1999, SAYA HANYA TINGGAL SELUAR DALAM: NAJIB – malaysian insider

AMPANG, Ogos 10 — "Apabila keputusan pilihan raya umum 1999 diketahui hanya mendapat majoriti 241 undi, saya rasakan `dunia gelap' seketika. Ibarat yang tinggal hanya seluar dalam sahaja."

Demikian seloroh Najib Razak semasa merasmikan mesyuarat Umno bahagian Kuala Selangor dan kemudiannya Umno bahagian Ampang pada hujung minggu lalu.

* p/s - kah kah kah... sumber dari TukarTiub...
--
sila layari blog saya di http://usopsontoroyo.blogspot.com/ ATAU http://detektifkangkung.blogspot.com/

Terima Kasih & Thank You.

Thursday, August 6, 2009

Jeff Ooi didesak letak jawatan isu JIM 'pelampau'

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng didesak supaya menuntut peletakan ketua kakitangannya, Jeff Ooi yang menuduh Jemaah Islah Malaysia (JIM) sebuah sebuah kumpulan pelampau.

Desakan tersebut dibuat oleh gabungan yang mewakili 27 pertubuhan Islam. Mereka cuba menyerahkan memorandum tersebut ke pejabat ketua menteri.

Bagaimanapun, Setiausaha Politiknya, Ng Wei Aik meminta mereka menyerahkan memorandum tersebut kepada beliau.

Berlaku sedikit ketegangan apabila mereka berkeras untuk menemui Lim, sedangkan Ng mahukan mereka menyerahkan memorandum kepadanya.

Apabila mereka enggan berbuat demikian, Ng memanggil pengawal keselamatan untuk membawa mereka keluar dari pejabat ketua menteri.

Berikutan itu, mereka kemudiannya menyerahkan memorandum tersebut kepada Timbalan Menteri Ketua Menteri, Mansor Othman.

Selain menuntut peletakan jawatan Jeff, mereka juga menuntut beliau yang juga ahli parlimen Jelutong, memohon maaf.

Manakala di luar kompleks kerajaan negeri itu, kira-kira 300 anggota gabungan berkenaan berhimpun untuk memberi sokongan kepada wakil mereka.

Delegasi tersebut kesal dengan kenyataan Jeff itu, yang dianggap mereka sebagai mendedahkan "kejahilannya mengenai masyarakat Islam". Baca berita penuh

Reaksi presiden JIM

Sementara itu, Presiden JIM, Zaid Kamaruddin menafikan tuduhan Jeff yang menggelarkan JIM sebuah pertubuhan pelampau.

"Jeff Ooi bermaksud demikian ekoran desakannya supaya seorang ahli jawatankuasa Pusat Khidmad Krisis Sehenti (OSCC) di bawah Dewan Bandaraya Pulau Pinang, Mohd Razali Abdullah diberhentikan daripada menganggotai jawatankuasa berkenaan.

"Mohd Razali, menurut Jeff Ooi merupakan 'ekstremis agama' kerana beliau merupakan ahli JIM, dan JIM pula meletakkan visinya untuk membangun sebuah negara yang melaksanakan syariat Islam sepenuhnya menjelang tahun 2020," kata Zaid dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Zaid (kiri) menegaskan, mengamalkan syariat Islam dalam kehidupan merupakan aspirasi setiap umat Islam - bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia.

"Bahkan beliau percaya rahmat kebaikan Islam di Malaysia nanti akan turut dinikmati oleh seluruh rakyat. JIM yakin pegangan Islam Mohd Razali dan pengalaman profesionalnya akan menjadikan beliau lebih berkemampuan dalam menjalankan tanggungjawabnya," tambahnya.

Zaid turut menyuarakan rasa hairan bagaimana pelantikan seorang Muslim yang baik, boleh mengundang bahaya.

"Agama Islam telah berdiri teguh sejak sekian lama. Jadi, sebarang kekeliruan dan sikap prejudis orang ramai terhadap Islam yang timbul akhir-akhir ini tidak akan mengubah kesucian dan kerelevanan agama ini dalam masyarakat.

"Sebagai sebuah NGO yang bertanggungjawab, JIM berpegang kepada prinsip keamanan, kedaulatan undang-undang dan keadilan untuk semua.

"JIM juga akan terus berkempen agar hak dan maruah rakyat dipertahankan, kerajaan lebih telus dalam pentadbirannya dan pemerkasaan individu dan komuniti dapat direalisasikan melalui penglibatan rakyat dalam proses demokrasi," tambah Zaid.