Mansuhkan I.S.A...!!!

Mansuhkan I.S.A...!!!

Friday, January 29, 2010

Ahli Parlimen Bayan Baru Dah Jadi Pembangkang Kerajaan Negeri...???

Awat si Ahli Parlimen ni tak puas ati kat mana hah? Tak dapat jawatan apa? Dia mau jawatan apa? Letak Jawatan Presiden FAP laaa... PKR maupun PR, perlu ambek tindakan Disiplin kat Ahli Parlimen macam ni... Piagam PR kan dah kata balik atau rujuk pada pimpinan Parti masing2 dulu baru buat statement... Ameno-Beer End Gelak la dah tau sama2 kita dok lawan tembakkk... Apa daaaa...

dari Malaysiakini :-


Dakwaan KM Pulau Pinang diktator, PKR kesal

Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mansor Othman berkata Parti Keadilan Rakyat (PKR) kesal dengan kenyataan Anggota Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim yang mengkritik Ketua Menteri Lim Guan Eng sebagai diktator.

NONE"Kami sedih dan kesal bahawa kenyataan seumpama itu datang dari Zahrain kerana ia bukan cara yang betul untuk menegur pemimpin sendiri dalam Pakatan Rakyat, lebih-lebih lagi Lim merupakan pemimpin senior," kata Mansor yang menggantikan Zahrain sebagai Pengerusi PKR Pulau Pinang tahun lalu.

Beliau mengulas kenyataan Zahrain hari ini yang menyifatkan Lim yang juga Setiausaha Agung DAP sebagai seorang diktator, cauvanis dan berfikiran komunis.

Lim pula enggan mengulas perkara tersebut.

"Oleh kerana saya adalah pihak yang terlibat, saya enggan mengulasnya hari ini sebaliknya saya benarkan Mansor membuat respons," katanya.

NONEKetua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd Yusni Mat Piah berkata kenyataan itu merupakan pandangan peribadi Zahrain.

"Kita tidak melihatnya sebagai satu masalah dalam Pakatan Rakyat kerana dia (Zahrain) hanya melahirkan apa yang dia fikir," katanya.

Zahrain dipetik sebagai berkata bahawa Pakatan tidak akan berkrompomi dengan pemimpin dari Melaka itu kerana Lim telah gagal memenuhi janji pilihan rayanya.

Beliau berkata Lim tidak suka dikritik dan melabel mereka yang mengkritiknya sebagai ejen Barisan Nasional.

Ini bukan pertama kali Zahrain mengkritik Lim. Pada April tahun lalu, Zahrain turut menyalahkan Lim berhubung pelantikan Timbalan Ketua Menteri 1 dan peletakan jawatan Mohammad Fairus Khairuddin sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri Penanti.


--
http://usopsontoroyo.blogspot.com/

Terima Kasih & Thank You.


Thursday, January 28, 2010

Dr Asri Ulas Isu Zulkifli Nordin dan Khalid Samad...


Zulkifli Nordin Dan Khalid Samad

Saya amat berdukacita apabila membaca krisis antara YB Zulkifli Nordin dan YB Khalid Samad. Kedua-duanya sahabat yang dikasihi. Saya serba salah untuk mengulas. Namun isu ini telah dimainkan oleh media. Saya amat berharap ia menemui penyelesaian yang harmoni. Kedua-duanya pejuang rakyat, dan kedua-duanya mempunyai sumbangan yang tersendiri.

Walaupun bukan lama saya bersahabat dengan Zulkifli Nordin, namun saya dapat memahami sedikit sebanyak hati nuraninya. Perasaan islami dan sayangkan masa depan umat Islam dalam jiwanya amat tebal. Walaupun kadang-kala saya berbeza pendapat dengannya, namun saya tetap menghormati jiwanya yang sensitif dan sentiasa berkobar-kobar dalam membela agama.

Adapun YB Khalid Samad baru sahaja saya bersahabat dengan beliau. Pada saya, beliau cuba agar Islam dilihat sebagai agama yang praktikal dan adil untuk semua pihak. Dalam menangani dakwah di Malaysia, apa yang menjadi masalah adalah bukan-muslim gagal melihat keagungan Islam, keadilannya dan kebenaran risalah tersebut sebagai bukti ia benar-benar dari Tuhan Yang Sebenar. Mesej inilah barangkali yang cuba disampaikan.

Kedua-dua tokoh ini kesayangan kita semua. Kita tidak mahu ada antara mereka yang terbuang atau dipinggirkan. Jika hendak terpinggir, biarlah ahli-ahli politik sampah yang kontang idea dan sumbangan yang wujud dalam masyarakat kita. Bukan mereka berdua ini.

Isu nama Allah semua kita sepakat bahawa kemungkinan untuk ia diselewengkan atau menimbulkan ketidakharmonian itu wujud. Cuma kita berbeza dalam menanganinya. Ada yang meminta agar dihalang secara mutlak. Ada yang menyatakan diizinkan, cumanya garis panduan mestilah ditetapkan untuk mengelak kegusaran. Jika garis panduan itu dilaksanakan dengan teliti, maka ketakutan pihak pertama juga mungkin dapat dihilangkan.

Saya mengharapkan kedua sahabat ini tidak bertegang, kerana kita semua masih memerlukan khidmat mereka berdua.

-dr mohd asri zainul abidin, USM.


--
http://usopsontoroyo.blogspot.com/

Terima Kasih & Thank You.

Tuesday, January 26, 2010

PKR Oh PKR...

Hari ini, Timbalan Pengerusi PKR Pahang, Azan Ismail mengumumkan perletakan jawatan itu dan Pengerusi Biro Keahlian parti itu. Beliau kekal sebagai ahli biasa dan Ahli Parlimen (sumber:Utusan Malaysia).

Semalam, Ahli Parlimen Kulim - Bandar Baharu (PKR), Zulkifli Nordin membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Shah Alam (PAS), Khalid Samad. Ekoran tindakan tersebut, "orang kuat PKR", Zaid Ibrahim mencadangkan Zulkifli disingkirkan dari parti itu (sumber: Malaysiakini).

Setahun lalu, apabila berita sebegini disiarkan, reaksi serta-merta PKR ialah ia adalah perbuatan parti lawan. Mereka segera menuding jari kepada Barisan Nasional!

Itu jugalah yang berlaku baru-baru ini apabila timbul masalah dalam PKR Kuala Selangor. Tan Sri Khalid Ibrahim menyindir bahawa ada kemungkinan teks yang dibaca oleh timbalan ketua bahagian Kuala Selangor itu dibuat oleh UMNO.

"UMNO-bashing" menjadi skrip lazim apabila PKR berhadapan dengan krisis.

Satu lagi reaksi yang selalu diberikan PKR cukup terbuka untuk menerima kepelbagaian pendapat. Sekali lagi, pemimpin PKR akan berkata bahawa parti itu "bukan seperti pemimpin UMNO yang ikut ketua."

Agaknya, pemimpin PKR tidak senang duduk kalau tidak menyalahkan UMNO!

Pasca PRU12, kita dapat melihat pelbagai drama dalam PKR -- Timbalan Ketua Menteri letak jawatan, wakil rakyat lompat parti, dan wakil rakyat letak jawatan sekaligus memaksa pilihanraya kecil. Satu demi satu peristiwa sehingga masyarakat sudah tidak mampu berfikir apakah lagi yang akan berlaku selepas ini.

Cukuplah pemimpin PKR menjadi burung unta yang memasukkan kepala ke dalam pasir dan menganggap ia tidak ada masalah [saya pernah menggunakan analogi yang sama kepada pemimpin UMNO yang bebal dan enggan melihat serta menyelesaikan masalah.]

Sindrom penafian (denial syndrome) yang ada dalam PKR menjadi pemimpin parti itu berpusing-pusing di tempat yang sama walaupun telah hampir dua tahun berada di puncak kuasa. Rakyat mula muak dengan politik kepartian yang tidak memberikan apa-apa keuntungan kepada mereka.

Eloklah pemimpin-pemimpin PKR melihat semua kesilapan dan membetulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Menyalahkan Azan Ismail, Zulkifli Nordin atau UMNO tidak akan membawa apa-apa kebaikan kepada parti itu.

"UMNO-bashing" hanya untuk menyedapkan hati sendiri. Setakat itu sajalah.

Itu nasihat saya. Kalau tak mahu dengar, humban nasihat saya jauh-jauh.

Tentunya, menyalahkan bloggers yang menulis isu ini juga tidak menguntungkan PKR. Oleh itu, tak perlulah hantar "cybertrooper" untuk menyerang!

--
http://usopsontoroyo.blogspot.com/

Terima Kasih & Thank You.