Mansuhkan I.S.A...!!!

Mansuhkan I.S.A...!!!

Wednesday, March 24, 2010

Zahrain..Letak Jawatan Presiden FAP Segera..!!!

RK.
Pasukan (mf-dimos)
P
M
S
K
J
B
PG
Mata
1.
Selangor
10
7
2
1
23
7
6
23
2.
Terengganu
9
6
2
1
18
4
14
20
3.
Johor FC
9
6
1
2
15
7
8
19
4.
Negeri Sembilan
9
5
2
2
13
9
4
17
5.
Kelantan
9
4
4
1
11
3
8
16
6.
Kedah
9
4
1
4
11
9
2
13
7.
Pahang
9
4
1
4
11
15
-4
13
8.
Perlis
9
3
2
4
7
8
-1
11
9.
Kuala Lumpur
9
3
4
2
8
9
-1
10
10.
Perak
9
2
3
4
9
11
-2
9
11.
T-Team
9
2
3
4
8
11
-3
9
12.
KL Plus FC
9
1
2
6
5
9
-4
5
13.
Pulau Pinang
10
1
2
7
6
24
-18
5
14.
Johor
9
1
1
7
3
22
-19
4


Dah isytihar diri sebagai MP Bebas...maka apa nak tunggu lagi...letak je le Presiden FAP...kata LGE tu komunis...boleh ke kerjasama dengan LGE...? nak minta peruntukan mesti kena jumpa jugak LGE...kan ! tak malu ke...?


letak la jawatan Presiden FAP...itu lebih baik...lagi pun dah kaya raya dah la ni...jangan-jangan nak pening kepala memikirkan bola sepak dah !!!!


jangan disebabkan orang penang menyampah nak tengok muka...kosong pulak stadium nanti...


blah je la...jangan buang masa...demi bola sepak penang...lain kalau dah banyak sangat duit..sampai tak payah mintak Kerajaan Negeri support...


lu pikir-pikirkan lah.... dari blog perakkume


Dulu masa dok dalam Pakatan Rakyat boleh la hang nak lobi jawatan Presiden dan bila dah dapat kata la nak majukan sukan bolasepak Penang...nih, piii rahhhh...apajadah yang hang dah buat? prestasi pemain pun dok 'down' gila-gila..bukan lagi bersemangat...takdak semangat ke'Harimau Kumbang'an sunggohhh... Letak la jawatan Presiden FAP tu... Kira dok kena 'belasah' saja skuad Penang ni/ dari blog hijatpanjang


zmp:Macam mana nak maju, kalau pihak pengurusan dah teruk, gaji pun pemain tak dapat.. Zahrain perlu letak jawatan Presiden FAP. Dah terbukti hang tak boleh nak menaikkan mutu pemain pasukan Pulau Pinang.. Lihat saja kedudukan Pasukan pulau Pinang yang berada di tanggan kedua tercorot. Apa tindakan yang hang buat. tau nak cari Projek saja.. tanggungjawap sebagai Presiden FAP hang abaikan....... ZAHRAIN SILA LETAK JAWATAN PRESIDEN FAP........!!!

- zulmamakpng


* kata-kata aku ~ zahrain yang muka tembok & muka tak malu...kami yang brtungkus-lumus MENANGkan hang dalam PRU-12 yg lalu, berasa amat menyesal kerana telah meMENANGkan hang di Parlimen Bayan Baru...Kami rasa penat lelah serta kederat kami dihina sehina-hinanya... my last word, don't being bull-shit and please IMMEDIETLY RESIGN AS Presiden of FAP NOW...!!! Zahrain LETAK JAWATAN PRESIDEN FAP SEGERA...!!!

--
http://usopsontoroyo.blogspot.com/

Terima Kasih & Thank You.

Wednesday, March 10, 2010

MaRi BeLajar MeLoMpaT...



Nota:
Bekas Setiausha Agung Parti Keadilan Rakyat
sedang memberi kusus melompat kepada ahli
parliment Bangan Serai. Kursus ini penting
untuk memastikan ada fulus masuk. Besar dan kecil fulus
yang masuk beragntung kepada luas tangan
yang meloncat kah kah kah.



INI CARA MELOMPAT SAEKOR SAEKOR - BAYARAN LUMAYAN




nota:
ini meloncat dengan kangkang yang besar.
dua dua kaki perlu dibuka luas kah kah kah



INI CARA MELOMPAT DENGAN BAYARAN SERINGGIT




nota:

ini meloncat kangkang kecil
kaki tak perlu luas
tapi tangan mesti sedia menerpa kah kah kah


- Tukar Tiub

* - dengaq cerita ado yang dah lompat, duitnya dapat tak abehh..dah kena kencing oleh orang tengah gamaknyaa... padan la dengan mukaaa...nak lompat sangatttt... Kah kah kah...

--
http://usopsontoroyo.blogspot.com/

Terima Kasih & Thank You.

Saturday, February 20, 2010

Syarikat 2 Ringgit Nak Ambek Projek 40 Juta..???


MELELEH AIR LIOR MELIHAT PADANG GOLF INI...

SAYA DIKHIANATI POLITIK PROPAGANDA MURAHAN: ZAGARAIN – melayau

Zahrain Mohamed Hashim berkata, beliau membuat keputusan untuk meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana merasakan perjuangannya dikhianati pimpinan politik propaganda murahan.

Katanya, tindakan itu juga disebabkan beliau tidak mahu bersekongkol dengan kepimpinan parti itu yang disifatkannya sebagai pengecut untuk menyatakan kebenaran

KAH KAH KAH..

woit... MEMANG LAH PROPAGANDA MURAHAN... kah kah kah..

kah kah kah... HARGA SYARIKAT HANYA DUA RANGGIT...kah kah kah..

kah kah kah... SYARIKAT DUA RINGGIT NAK DAPAT PROJEK 40 JUTA....kah kah kah..

woit.... NAMPAK MURAH....MACAM MANA SYARIKAT 2 RINGGIT NAK BUAT PROJEK 40 JUTA.... kah kah kah..

woit... INI KERAJAAN PAKATAN... BUKAN KERAJAAN GEROMBOLAN... kah kah kah..

kah kah kah... KESIAN... HIBA RASA DI HATI.... kah kah kah

Sunday, February 14, 2010

“ Jaga Mulut Sikit !!! Aku Bukan Biawak ” - Zaharin..

Jang, Sah cilako si Zaharin ni kalau botul dio cakap, "jaga mulut sikit, aku bukan biawak"

Sobab den cakap dio cilako, ertinya, dio langsung tak faham bahasa melayu, apo laie bahaso metafora, bidalan, petatah-petitih, simpulan bahasa. Macam mano dio mengaku melayu, kalau simpulan bahasa yang paling 'gampang (mudah)' sekali dio tak faham, memanglah melayu cilako, kalau bondo tu pun tak faham.

Jang, memahami bahaso melayu, bukan mengambil erti terjemahan langsung daripada patah demi patah perkataan, tapi mendalami apa yang tersirat di sebalik bahaso, mako :'MENDUKUNG BIAWAK HIDUP"makno de "TIDAK MENYUSAHKAN DIRI SENDIRI, MAKA ORANG YANG SUKA MENDUKUNG BIAWAK HIDUP, MAKNANYA SUKA MENCARI SUSAH SENDIRI, MAKA ORANG YANG BEGINI "BODOH" NAMANYA.

Jadi, membuang Zaharin, bukan membuang biawak, tapi membuang satu perkara yang menyusahkan diri sendiri, oleh yang demikian, tindakan tersebut adalah merupakan 'SATU LANGKAH BIJAK PKR', ertinya, 'PKR SUDAH ARIF'

tahu diruncing yang akan mencucuk,

tahu ditajam yang akan melukai

tahu dicondong yang akan menghimpap.

Jadi yang den risau ZAHARIN DAN SPESIS YANG SEWAKTU DENGANNYA INI LAYAKKAH DIPANGGIL MELAYU, KAU FIKIRLAH JANG.

Pado den lah Jang "BUKAN MELAYU KALAU TIDAK FAHAM SIMPULAN BAHASA,BIDALAN, PATATAH-PETITIH MELAYU' atau dato' dr hassan ahmad selalu menggunakan istilah 'METAFORA MELAYU'

TUTUH JANG SAMPAI MONANG

- sumber Tranungkite Online


--
http://usopsontoroyo.blogspot.com/

Terima Kasih & Thank You.

Saturday, February 13, 2010

Gong Si Pa Cai... Gong Xi Fa Cai...






KALDAI AKAN MUNCUL


Zahrin Hashim dan dua orang lagi ahli
parlimen akan mengumumkan bahawa
mereka akan memasuki gerombolan.

Pengumuman ini akan dibuat disebuah
hotel di Kuala Lumpur.

Mereka dikatakan telah sanggup
menjadi kaldai.

Kerana berhampiran dengan
Tahun Baru China maka diucapkan
Kong Hee Fart Dai kah kah kah.

NOTA: ADA SAEKOR LAGI NAK IKUT SAMA



KAH KAH KAH

KONG HEE KONG HEE

KONG HEE FARTDAI

- selamat taun baru cina 2010 serta taun HARIMAU kali ini... HARI-HARI MAUUU... Auuuummmmm..

--
http://usopsontoroyo.blogspot.com/

Terima Kasih & Thank You.

Friday, January 29, 2010

Ahli Parlimen Bayan Baru Dah Jadi Pembangkang Kerajaan Negeri...???

Awat si Ahli Parlimen ni tak puas ati kat mana hah? Tak dapat jawatan apa? Dia mau jawatan apa? Letak Jawatan Presiden FAP laaa... PKR maupun PR, perlu ambek tindakan Disiplin kat Ahli Parlimen macam ni... Piagam PR kan dah kata balik atau rujuk pada pimpinan Parti masing2 dulu baru buat statement... Ameno-Beer End Gelak la dah tau sama2 kita dok lawan tembakkk... Apa daaaa...

dari Malaysiakini :-


Dakwaan KM Pulau Pinang diktator, PKR kesal

Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mansor Othman berkata Parti Keadilan Rakyat (PKR) kesal dengan kenyataan Anggota Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim yang mengkritik Ketua Menteri Lim Guan Eng sebagai diktator.

NONE"Kami sedih dan kesal bahawa kenyataan seumpama itu datang dari Zahrain kerana ia bukan cara yang betul untuk menegur pemimpin sendiri dalam Pakatan Rakyat, lebih-lebih lagi Lim merupakan pemimpin senior," kata Mansor yang menggantikan Zahrain sebagai Pengerusi PKR Pulau Pinang tahun lalu.

Beliau mengulas kenyataan Zahrain hari ini yang menyifatkan Lim yang juga Setiausaha Agung DAP sebagai seorang diktator, cauvanis dan berfikiran komunis.

Lim pula enggan mengulas perkara tersebut.

"Oleh kerana saya adalah pihak yang terlibat, saya enggan mengulasnya hari ini sebaliknya saya benarkan Mansor membuat respons," katanya.

NONEKetua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd Yusni Mat Piah berkata kenyataan itu merupakan pandangan peribadi Zahrain.

"Kita tidak melihatnya sebagai satu masalah dalam Pakatan Rakyat kerana dia (Zahrain) hanya melahirkan apa yang dia fikir," katanya.

Zahrain dipetik sebagai berkata bahawa Pakatan tidak akan berkrompomi dengan pemimpin dari Melaka itu kerana Lim telah gagal memenuhi janji pilihan rayanya.

Beliau berkata Lim tidak suka dikritik dan melabel mereka yang mengkritiknya sebagai ejen Barisan Nasional.

Ini bukan pertama kali Zahrain mengkritik Lim. Pada April tahun lalu, Zahrain turut menyalahkan Lim berhubung pelantikan Timbalan Ketua Menteri 1 dan peletakan jawatan Mohammad Fairus Khairuddin sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri Penanti.


--
http://usopsontoroyo.blogspot.com/

Terima Kasih & Thank You.


Thursday, January 28, 2010

Dr Asri Ulas Isu Zulkifli Nordin dan Khalid Samad...


Zulkifli Nordin Dan Khalid Samad

Saya amat berdukacita apabila membaca krisis antara YB Zulkifli Nordin dan YB Khalid Samad. Kedua-duanya sahabat yang dikasihi. Saya serba salah untuk mengulas. Namun isu ini telah dimainkan oleh media. Saya amat berharap ia menemui penyelesaian yang harmoni. Kedua-duanya pejuang rakyat, dan kedua-duanya mempunyai sumbangan yang tersendiri.

Walaupun bukan lama saya bersahabat dengan Zulkifli Nordin, namun saya dapat memahami sedikit sebanyak hati nuraninya. Perasaan islami dan sayangkan masa depan umat Islam dalam jiwanya amat tebal. Walaupun kadang-kala saya berbeza pendapat dengannya, namun saya tetap menghormati jiwanya yang sensitif dan sentiasa berkobar-kobar dalam membela agama.

Adapun YB Khalid Samad baru sahaja saya bersahabat dengan beliau. Pada saya, beliau cuba agar Islam dilihat sebagai agama yang praktikal dan adil untuk semua pihak. Dalam menangani dakwah di Malaysia, apa yang menjadi masalah adalah bukan-muslim gagal melihat keagungan Islam, keadilannya dan kebenaran risalah tersebut sebagai bukti ia benar-benar dari Tuhan Yang Sebenar. Mesej inilah barangkali yang cuba disampaikan.

Kedua-dua tokoh ini kesayangan kita semua. Kita tidak mahu ada antara mereka yang terbuang atau dipinggirkan. Jika hendak terpinggir, biarlah ahli-ahli politik sampah yang kontang idea dan sumbangan yang wujud dalam masyarakat kita. Bukan mereka berdua ini.

Isu nama Allah semua kita sepakat bahawa kemungkinan untuk ia diselewengkan atau menimbulkan ketidakharmonian itu wujud. Cuma kita berbeza dalam menanganinya. Ada yang meminta agar dihalang secara mutlak. Ada yang menyatakan diizinkan, cumanya garis panduan mestilah ditetapkan untuk mengelak kegusaran. Jika garis panduan itu dilaksanakan dengan teliti, maka ketakutan pihak pertama juga mungkin dapat dihilangkan.

Saya mengharapkan kedua sahabat ini tidak bertegang, kerana kita semua masih memerlukan khidmat mereka berdua.

-dr mohd asri zainul abidin, USM.


--
http://usopsontoroyo.blogspot.com/

Terima Kasih & Thank You.

Tuesday, January 26, 2010

PKR Oh PKR...

Hari ini, Timbalan Pengerusi PKR Pahang, Azan Ismail mengumumkan perletakan jawatan itu dan Pengerusi Biro Keahlian parti itu. Beliau kekal sebagai ahli biasa dan Ahli Parlimen (sumber:Utusan Malaysia).

Semalam, Ahli Parlimen Kulim - Bandar Baharu (PKR), Zulkifli Nordin membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Shah Alam (PAS), Khalid Samad. Ekoran tindakan tersebut, "orang kuat PKR", Zaid Ibrahim mencadangkan Zulkifli disingkirkan dari parti itu (sumber: Malaysiakini).

Setahun lalu, apabila berita sebegini disiarkan, reaksi serta-merta PKR ialah ia adalah perbuatan parti lawan. Mereka segera menuding jari kepada Barisan Nasional!

Itu jugalah yang berlaku baru-baru ini apabila timbul masalah dalam PKR Kuala Selangor. Tan Sri Khalid Ibrahim menyindir bahawa ada kemungkinan teks yang dibaca oleh timbalan ketua bahagian Kuala Selangor itu dibuat oleh UMNO.

"UMNO-bashing" menjadi skrip lazim apabila PKR berhadapan dengan krisis.

Satu lagi reaksi yang selalu diberikan PKR cukup terbuka untuk menerima kepelbagaian pendapat. Sekali lagi, pemimpin PKR akan berkata bahawa parti itu "bukan seperti pemimpin UMNO yang ikut ketua."

Agaknya, pemimpin PKR tidak senang duduk kalau tidak menyalahkan UMNO!

Pasca PRU12, kita dapat melihat pelbagai drama dalam PKR -- Timbalan Ketua Menteri letak jawatan, wakil rakyat lompat parti, dan wakil rakyat letak jawatan sekaligus memaksa pilihanraya kecil. Satu demi satu peristiwa sehingga masyarakat sudah tidak mampu berfikir apakah lagi yang akan berlaku selepas ini.

Cukuplah pemimpin PKR menjadi burung unta yang memasukkan kepala ke dalam pasir dan menganggap ia tidak ada masalah [saya pernah menggunakan analogi yang sama kepada pemimpin UMNO yang bebal dan enggan melihat serta menyelesaikan masalah.]

Sindrom penafian (denial syndrome) yang ada dalam PKR menjadi pemimpin parti itu berpusing-pusing di tempat yang sama walaupun telah hampir dua tahun berada di puncak kuasa. Rakyat mula muak dengan politik kepartian yang tidak memberikan apa-apa keuntungan kepada mereka.

Eloklah pemimpin-pemimpin PKR melihat semua kesilapan dan membetulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Menyalahkan Azan Ismail, Zulkifli Nordin atau UMNO tidak akan membawa apa-apa kebaikan kepada parti itu.

"UMNO-bashing" hanya untuk menyedapkan hati sendiri. Setakat itu sajalah.

Itu nasihat saya. Kalau tak mahu dengar, humban nasihat saya jauh-jauh.

Tentunya, menyalahkan bloggers yang menulis isu ini juga tidak menguntungkan PKR. Oleh itu, tak perlulah hantar "cybertrooper" untuk menyerang!

--
http://usopsontoroyo.blogspot.com/

Terima Kasih & Thank You.