Mansuhkan I.S.A...!!!

Mansuhkan I.S.A...!!!

Tuesday, June 30, 2009

FUNGSI TENTERA DI PRK MANIK URAI

FUNGSI TENTERA DI PRK MANIK URAI


oleh Mahfuz Omar
(Tajuk asal: Umno mahu guna tentera menangi p'raya Manek Urai)

Tindakan Umno yang mahu menggunakan tentera untuk memenangi pilihan raya kecil Manek Urai disifatkan bacul

Saya menuntut Umno supaya tidak bersikap bacul dengan menyalahgunakan sumber-sumber ketenteraan dalam pilihanraya. Untuk mengalahkan calon PAS di Manek Urai, Umno akan membawa masuk Angkatan Tentera Darat untuk meraih undi daripada penduduk.

Saya mengemukakan pertanyaan kepada Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Dr Awang Adek Hussin yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan mengenai perkara itu. Bagaimanapun, Awang Adek membisu. Malah, kesemua menteri dan wakil-wakil rakyat Barisan Nasional diam.

video sidang akhbar di sini ( http://www.youtube.com/watch?v=0uJgyTuSpl0 )

Operasi meraih undi untuk Barisan Nasional menetapkan misi khas kepada anggota tentera melalui perlaksanaan beberapa projek kebajikan di kubu kuat PAS di DUN Manek Urai untuk menyakinkan pengundi memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional.

"Bersama saya surat dari staf perisikan di Kementah kepada Panglima Angkatan Tentera, yang mengarahkan satu projek awam mesti dibuat di bawah Angkatan Tentera Darat di kawasan-kawasan peti undi kelabu dan hitam di mana Barisan Nasional (diharapkan) mampu memperkukuh tahap sokongan berdasarkan kepada keputusan Pilihan Raya Umum ke-12,"

Walaupun angkatan tentera melaksanakan projek-projek itu seolah-olah untuk membantu rakyat, dokumen berkenaan jelas menunjukkan tentera turut "diseret ke dalam kempen politik bagi menjayakan kemenangan Barisan Nasional". "Ini ayat cukup jelas hasil dari Bahagian Risik dan dipersetujui oleh Pejabat Timbalan Menteri Pertahanan yang telah pun mengeluarkan arahan melaksanakan projek Jiwa Murni,"

Projek Jiwa Murni dilancarkan bagi memberi kemenangan kepada Barisan Nasional pada pilihanraya kecil Manek Urai pada 14 Julai nanti.

"Ini semua berkaitan dengan kajian kekuatan dan kelemahan Barisan Nasional yang dibantu oleh Bahagian Perisikan Tentera,"

Mengheret angkatan tentera untuk menjayakan kemenangan Barisan Nasional adalah di luar dari bidang tugas tentera.

"Saya bukan menghalang mereka buat projek membantu masyarakat.

"Di sini jelas menyatakan arahan supaya projek itu tidak dibuat dekat dengan penamaan calon nanti akan dilihat mengatakan pihak tentera terlibat secara langsung,"
bypass308.blogspot.

Friday, June 26, 2009

Mikaeel a.k.a Michael Jackson Kembali Ke Rahmatullah, Al-Fatihah ... ~ malaysiakini



Michael Jackson, the sensationally gifted child star who rose to become the "King of Pop" and the biggest celebrity in the world only to fall from his throne in a freakish series of scandals, died Thursday. He was 50.

Jackson died at UCLA Medical Center in Los Angeles. Ed Winter, the assistant chief coroner for Los Angeles County, confirmed his office had been notified of the death and would handle the investigation. The circumstances of Jackson's death were not immediately clear. Jackson was not breathing when Los Angeles Fire Department paramedics responded to a call at his Los Angeles home about 12:30 p.m., Capt. Steve Ruda told the Los Angeles Times. The paramedics performed CPR and took him to UCLA Medical Center, Ruda told the newspaper.

Jackson's death brought a tragic end to a long, bizarre, sometimes farcical decline from his peak in the 1980s, when he was popular music's premier all-around performer, a uniter of black and white music who shattered the race barrier on MTV, dominated the charts and dazzled even more on stage.

Known as the "King of Pop," for hits that included "Thriller" and "Billie Jean," Jackson's dramatic, one-gloved stage presence and innovative dance moves were imitated by legions of fans around the world. His 1982 album "Thriller" — which included the blockbuster hits "Beat It," "Billie Jean" and "Thriller" — remains the biggest-selling album of all time, with more than 100 million copies worldwide.

He transformed music videos and his lifetime record sales tally is believed to be around 750 million, which, added to the 13 Grammy Awards he received, made him one of the most successful entertainers of all time.

Michael became a Muslim last year.

source: AP

I will always remember MJ for this piece................

"Billie Jean" is a 1983 hit single from Michael Jackson's Thriller album. A number-one hit on the Billboard Hot 100, the song was also the number-one R&B single for nine weeks in the United States ................

R.I.P and Al-Fatihah



Harussani Letaklah Jawatan Mufti Tu, Jadi Politikus... ~ malaysiakini

Kalau boleh aku tak nak sentuh langsung pasal Tokoh Maal Hijrah a.k.a Mufti Perak Tan Sri Harus Sana Sini, dan apabila baca blog disana-sini, rasa nyampah jer... dengan mamat ni, walaupun dulunya dia ni salah seorang yang aku hormati.

Aku hormat kerana beliau berani menegur isu murtad dan jom heboh TV3 suku, semenjak dia barcakap bagi pihak umno dalam isu rampasan negeri Perak tempohari aku dah mula menyampah.

Tambahan pula dengan kenyataan beliau dalam utusan meloya semalam, lagi membuatkan orang ramai semakin menyampah dengan pendirian dia membela umno. Macam ni sajalah buat Mufti Harus Sana Sini, yang tidak istiqamah dalam memperjuangkan Islam.

Adalah lebih baik anda letak jawatan sebagai Mufti dan libatkan diri sepenuhnya dalam politik, jika ada mana-mana Pilihanraya Kecil atau Pilihanraya Umum nanti, masuklah bertanding. Pertahankanlah fahaman politik anda dan bercakaplah soal politik melayu, islam dan apa saja yang anda suka.

Manusia seperti andalah yang membuatkan orang tidak hormat pada ahli ugama dan ulamak, maka bersedialah untuk menerima kecaman dan makian dari masyarakat, kerana itu pilihan anda yang bercakap soal Islam mengikut selera mereka yang anda ampu itu.

Kalau anda betul menjalankan tugas sebagai seorang Mufti, maka pergilah tegur semua Isteri Ketua Agama Islam dalam Malaysia ini untuk menutup aurat terlebih dahulu, tak pun isteri Presiden dan semua jemaah menteri dalam umno itu supaya menutup aurat selepas itu baru menyalak nak perjuangkan Islam.

Perkara asas pun tidak terlaksana, nak bercakap soal Melayu dan Islam. Dan ini bukan setakat Mufti Perak sahaja, malahan Mufti negeri lain pun 2 x 5 sifatnya, bertahun jadi Mufti makan gaji buta dan tukang baca doa upacara saja. Berselindung di sebalik pangkat Mufti saja tetapi tidak berani menegakkan hukum Islam, maka jadilah Mufti yang DAYUS….

Isa: Seeloknya para Mufti semua pergilah daftarkan diri dengan Sister In Islam, baru ngam… hoooo…. Adai akai ka…? Kalau nak terima Islam terima secara menyeluruh, bukannya ambil separuh-separuh... itulah bezanyaMELAYU DAN ISLAM yang selalu dinyalakkan oleh puak umno yangBANGGANG.

Ada juga puak umno yang CERDIK tahu bezakan apa itu MELAYU DAN ISLAM tapi karat kot lain pulak... pelik betul... dengan cara diorang ni...

Diciplak dengan jayanya dari sini

Tuesday, June 23, 2009

Manek Urai: Esok 01hb Rejab 1430Hijrah.


Assalamualaikum… sekadar berpesan-pesanan sesama kita. Esok 24hb Jun 2009 (Rabu) bersamaan dengan 01hb Rejab 1430 Hijrah. Pejam celik… pejam celik kita akan memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Mari kita berkongsi… apakah amalan yang ada di sebalik bulan Rejab. Diriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda…

"Ketahuilah bahawa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:”

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt.

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa.

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt.

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari iaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan siksa Akhirat.

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt, InsyaAllah...

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu Syurga.

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as;

"Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini? Maka berkata Jibril as "Ya… Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."

Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"

Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."

Isa: Rebutlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara;

MASA HIDUP SEBELUM MATI, MASA LAPANG SEBELUM MASA SIBUK, MASA MUDA SEBELUM MASA TUA, MASA KAYA SEBELUM SUSAH DAN MASA SIHAT SEBELUM SAKIT.

Diciplak dengan jayanya dari blog I.S.A

Tuesday, June 16, 2009

Siapa Rosmah Episod 2 : Sudah Senang..Lupa Diri.. ~ malaysiakini

Ikuti siri ke-2 video pendedahan siapa Rosmah...


Sunday, June 14, 2009

Anda Kenal Siapa Rosmah Mansor...??? ~ malaysiakini

Hangpa kenai ka sapa Rosmah Mansor ni..??? Bukan anak TKM 1 Penang tau.. Dr. Mansor mana ada anaknya jadi bini Perdana Menteri si Najisb Razak...

Ikuti video pendedahan Episod Pertama ini... Saksikan...


Thursday, June 11, 2009

Tukar Saja Ketua Whip MPSP BARU...!!!

Tukar saja Ketua Whip MPSP dari kalangan ahli Majlis yang dok ada...bukan takdak orang lain yang lebih baguih dari si Johari Kassim yang buat-buat sempoi dan nampak cam bagus sangat ni...

SMS yang dapat dari kalangan ahli Majlis sendiri mengatakan :- " kelmarin Jo pi mesy perlesenan dan penguatkuasaan d pengerusikan oleh YDP baru...muka tak malu kata boikot... haji wan akan d lantik ketua whip baru...

LETAK JAWATAN la jo kassim....cam bagus sangat hang tuuu.....

Wednesday, June 10, 2009

Exco P.Pinang Di Panggilnya 'Keldai'...??? ~ malaysiakini

Aissseeehhhh....

Sedapnya kata orang 'keldai' nooo... hang tu la ketua whip MPSP yang berkaliber...cermin la diri tu sama kawan...

Kalau dah niat jadi ahli majlis tu dah tak betoi.. untuk kepentingan sendiri, peribadi dan poket sendiri, ni lah dok terlondeh satu, satu...

Lain kali bila orang tanya, nah! Saya berjuang atas kepentingan untuk rakyat! Cehhh... Bila Kalah selalunya camtu laa.. ayat meraih simpati konon... Piii Raahhhh....

Jangan sombong Dan Bongkak Diri...

Kelak akan memakan diri....

Artikel lain mengenai isu YDP MPSP di blog [INI] Alahai Johari Kassim kot..???


Tuesday, June 9, 2009

Blog BerKontroversi & Baru Muncul...

DIAM JOE DAH MAI said...

Berlapang dada semua marilah kita sama-sama mengucapkan tahniah pada yang menang....bagi yang kalah terus lah berkhidmat..

Johari Kassim oh Johari Kassim di sebalik daripada isu YDP MPSP

http://diamjoedahmai.blogspot.com/

Apakah puncanya terjadi camni hah...??? 

Jangan Main-main sama penangan blog...

Jeng jeng jenggg.... 

Saturday, June 6, 2009

Ahli majlis PKR bantah pelantikan presiden MPSP-Malaysiakni


Ahli majlis PKR bantah pelantikan
presiden MPSP
Low Chia Ming | Jun 4, 09 11:15am
Lapan ahli Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP)
dari PKR, memboikot majlis angkat sumpah presiden
MPSP yang barunya, Mokhtar Mohd Jait pagi ini.

Mereka bertindak demikain sebagai membantah
pelantikan kakitangan awam memegang jawatan tersebut.

Wartawan Malaysiakini yang membuat liputan majlis
tersebut melihat hanya tiga ahli majlis PKR yang masuk
ke dewan. Mereka ialah Amir Ghazali, Mahamad Hashim
dan
Farid Arshad.

Bagaimanapun, Amir dan Mahamad memberitahu
kemudiannya bahawa beliau tidak menghadiri majlis tersebut.

Selain mereka berdua, turut tidak hadir ialah ketua wip
PKR di MPSP, Johari Kassim, Che Mat Hashim, Rynu
Shanmugam, Goh Choon Aik, Mohd Kamil Abu Bakar
dan Zaini Awang.

MPSJ mempunyai 24 ahli majlis yang terdiri PKR (9), DAP
(10), PAS (2) dan NGO (3).

Mereka mendakwa, sebelum ini, Pakatan Rakyat Pulau
Pinang telah mencapai kata sepakat untuk melantik
seorang ahli politik sebagai presiden MPSP sehingga
pilihanraya tempatan menjadi kenyataan.

Bantahan tersebut dilihat sebagai cabaran pertama
terhadap Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mansor
Othman, yang mengangkat jawatan tersebut kelmarin.

Mansor yang juga timbalan pengerusi PKR Pulau
Pinang mengumumkan pelantikan Mokhtar semalam.

Beliau juga turut mengumumkan pelantikan presiden
baru Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Tan Cheng Chui.

Sementara itu, Johari memberi amaran bahawa beliau
dan lapan orang ahli majlis tersebut dari PKR, mungkin
akan letak jawatan serentak sebagai membantah
pelantikan Mokhtar.

Difahamkan, di kalangan PKR negeri, Johari dillihat
sebagai 'orang kuat' pengerusi PKR Pulau Pinang,
Zahrin Hashim.

Sementara itu, Mansor telah meminta badan perhubungan
PKR Pulau Pinang menyiasat ketidak hadiran ahli majlis PKR
di majlis angkat sumpah presiden MPSJ pagi ini.

P/S--> Sedih tengok kangkung-kangkung nie...bagi amanah
uruh buat keja tp kebuluq dah jadi Presiden MPSP. Macam la
depa nie buat keja sangat. MAKAN GAJI BUTA SAJA. Yang
buat keja betul depa buang. Apa nak jadi ngan PKR Pulau
Pinang.

Ramalan Nujum Pak Belukang


Ahli Nujum Pak Belukang telah meramalkan peratusan yang diperolehi oleh ketiga-tiga calon Timbalan Presiden PAS. Keputusan yang memberancangkan semua pihak dalam Pakatan Rakyat dimana peratusan perolehan undi oleh setiap calon diramalkan seperti berikut;

1) Uztaz Nazharuddin Mat Isa memperoli 38% undi
2) Mohamad Sabu memperolehi 25% undi
3) Husam Musa memperolehi 47% undi

Usop percaya kumpulan Pro Erdogan akan jauh kehadapan tetapi ianya bukan tanda-tanda kejatuhan Pas. Berbagai gelaran digunakan untuk melingkupkan PAS. Yang pasti ramai menggolongkan mereka kepada dua puak... pro UMNO vs pro Pakatan. Muktamar Pas kali ini akan menjadi ‘turning point’ sama ada Pas akan naik atau jauh sekali lagi dalam pilihan raya akan datang. Jika mereka memilih untuk bersekongkol ngan UMNO sekali lagi .......jalan ke PutraJaya pada pilihan raya ke 13 nanti hanya angan-angan Mat Jenin...memang kangkung...kangkung sekangkungnya.

Tuesday, June 2, 2009

Tahniah Kak Min...!!! ~ malaysiakini

Siapa kata Mak Cik Minah Ronggeng yang banyak bikin cerita lawak itu kalah di Penanti? Mak Cik Minah tak kalah di Penanti. Jangan hina Mak Cik Minah yang hampir jadi Timbalan Ketua Menteri 3 Pulau Pinang itu dengan kata-kata dia kalah. Mak Cik Minah tak pernah kalah.

Mak Cik Minah mendapat undi pos terbanyak di Penanti. Mak Cik Minah dapat 12 undi berbanding dengan Kamaraul (7), Dr Mansor (2) dan Nai (0). Mak Cik Minah dapat undi pos 6 kali ganda dari Dr Mansor. Jadi siapa kata Mak Cik Mihah kalah? Mak Cik Minah menang, dia menang besar undi pos.

Malam ini Mak Cik Minah boleh menari ronggeng hingga masuk waktu subuh. Dia sangat gembira kerana menang besar undi pos. Hanpa gila kalau tak ingin ucap tahniah kepadanya.

Oleh: pendikar gunung kriang

Sumber: http://pendikargunung.blogspot.com/